Monday, October 20, 2014

Sudah Sekian LAMA. (20/10/2014)

Sudah Sekian LAMA.

Assalammualaikum,


   Masih wujud lagi blog ni, dah lama ku tinggal kan. First time buat blog ni di sebabkan bosan dan nak buat diari. Diari yang boleh untuk aku review kisah silam dan mengisi masa lapang. tapi ni semua zaman remaja dulu hehe. zaman dah masuk 20 an, ni dah jarang nk wat blog jiwang-jiwang hehehe. Al maklum la, busy dgn life di alam realiti. :)


   Dulu memang suka post jiwang-jiwang hehe. Alam remaja dulu cinta berbunga- bunga bukan main lagi. Bila baca balik kelakar pun ada hehe. Sekarang dah tunang, tapi bukan dgn lelaki zaman remaja dulu. zaman kerja ni. Tunang saya org biasa je. tak kaya. tapi baik hati. terima saya seadanya. yang penting rajin berusaha mencari duit. Bukan tak nak pilih yang kaya cuma takut nanti diri ni lupa diri. bukan xnak pilih yang hensem cuma takut nanti diri ini di dua dan tiga kan hehe. In sya Allah, tahun depan iaitu 2015 maybe akan bernikah. *( yeay yeay  nak kahwin dah yeay yeay) *



   Kerja dah 3 kali tukar, Baru dpt kerja yg ok.. Alhamdulillah dah jadi permanent worker di ***. Gaji tak seberapa tapi alhamdulillah dah mampu untuk memiliki kereta mampu milik. Berkat kesabaran kegigihan, dan kerajinan boleh la beli kereta Auto mampu milik. Macam - macam dugaan time nak amik lesen dan kereta nie. Kalau tidak disebabkan En.tunang memang takde makna nak amik lesen dan beli kereta ni. Tambah pula abah time tu accident, kena juga drive sendiri. Bila dah ada kereta ni, ingat pulak apa yg ex aku buat kat aku dulu. Rasa nak tunjuk kat muka dia, aku boleh beli kereta tanpa perlu kan duit parents la wei hahah niat jahat kan?  haha niat je ok, takde  makna nak buatnya, nak jumpa dia pun apatah lagi TAKNAK kan haha. Just aku admit yang aku bangga dgn diri aku. Syukur alhamdulillah.


   Ok la, sampai disini jea, nak sambung buat kerja hehe.. sempat pulak update blog kan time kerja,
ni semua disebabkan excited tgk blog ni wujud lagi hahaha..
ok, ada masa dan panjang umur aku update lagi. :)




Friday, April 5, 2013

HATI KU

              Aku sedih, keliru dengan apa yang berlaku. Hati terasa sakit, mata membengkak, tido ku lena dibuai mimpi indah namun bila terjaga di alam realiti jiwa ku sengsara,pedih.

              Adakah realiti amat memeritkan? Hati ingin dibelai,dimanja. Perbuatan ku diungkit, dipersoalkan. Adakah susah untuk menerimaku seadanya? Aku senang menerima lelaki itu seadanya,
walaupun dia tidak kaya, tidak hensem, tapi kenapa lelaki susah memahamiku, menerimaku seadanya? ada yang mengatakan emosi wanita cepat berubah dan tidak tetap, mungkinkah ini sebabnya.
   
              Dimana dapat kucari lelaki idaman ku? Dimana dapat kucari jejaka pujaan hatiku? seorang lelaki yang bertanggungjawab, menerimaku seadanya, menerima kisah silam ku, mencintai ku dengan ikhlas sepenuh jiwa dan raga, mampu menjagaku tanpa sedikit keluhan dan ungkitan. Aku tahu tidak mungkin dapat ku miliki lelaki yang sempurna kerna diri ku tidak sempurna. Namun salahkah aku ingin merasa sedikit kasih sayang seorang lelaki yang akan menjadi teman hidupku. Hanya yang ku minta lelaki yang dapat membuatkanku rasa bahagia, disayangi. Aku penat menangis dan terluka. Segala jalan yang kupilih hanya membuatku lebih terseksa.

             Hingga ku merasa, hidup ini tidak adil bagiku. Hingga ku merasa hidup keseorangan lebih membahagiakan. Namun, bolehkah aku hadapi semua ini? Aku terima Qada dan Qadar. Hidup tidak semuanya indah dan sempurna, kita yang membuat hidup kita sengsara, ALLAH S.W.T yang mengetahui takdir dan jalan hidup kita.

             Bangkit la wahai hati,jiwa dan semangat, dekatkan diri dengan ALLAH S.W.T. Bertaubatlah dan insaflah diriku. Jiwa tidak akan tenteram kalau kita lupa asal usul kita, tanggungjawab kita sebagai seorang muslim. Lupakan la cinta dunia buat sementara waktu, lupakanlah cinta yang akan merosakan kamu wahai diri.
  
             Hati dan Jiwaku, fahamilah seorang lelaki yang soleh tidak akan mengajak seorang wanita melakukan kejahatan, maksiat dan zina. Bukakan lah mata mu sedarkanlah dirimu, lihatlah permainan iblis untuk merosakan kaum adam. Sesungguhnya ALLAH S.W.T yang maha mengetahui, mengasihani dan menyayangi. Belajar lah hidup berdikari, lupakanlah lelaki yang akan merosakan dirimu. Bangkit dan Bangunlah dari tido dan mimpi indah. Lihat lah realiti, selami, belajar dan memahami tentang kehidupan di dunia dan akhirat. Banyak kan mengisi amal untuk ke akhirat kelak.

Thursday, November 10, 2011

new life..(working experience)

hai semua..

Bulan ni, dah genap lah 5 bulan kerja. nak kata banyak pengalaman, x banyak pun. huhu. sikit je. macam2 la nak dikatakan. Boss aku Ms.Wang. dia baik, tapi time first mula kerja la. dah lama lain jadi nya. makin dimarah2 huhu semua xbetul. salah sikit macam salah banyak. Sampai jadi takut la di buat nya. bulan nie.. bulan berjaga-jaga.
kalau ada salah nampaknya kena buang la saya. huhuhu sedih nya waaaa... tapi xtau la kenapa dengan diri nie. rasa dah xbuat salah, tapi bila  dah sampai tangan dia mesti ada yang salah. Nak tergelak pun ada, macam mana alingment boleh lari tapi xperasan? su su.. hehehe..
 


Kebetulan pula, semalam mak kekasih aka mak mertua datang, bagi tahu ada orang cari, ada kerja kosong Alhamdulillah. tapi xpasti terima ke x. Baru pagi tadi pergi interview. company orang melayu, hope dapat la Amin... Tapi wisau la juga sebab ada satu dia tanya soalan aku xdapat jawab. soalan dia  senang je. apa tugas admin? ha engkau diam terpaku xtau nak cakap apa? Padahal boleh jea cakap buat surat susun fail semua. adoi.... su..su..


Kerja dan Belajar, memang berbeza. Belajar, kalau salah xpea. xdea siapa yang marah. tapi bila kerja kalau buat salah mesti kena marah. itula perbezaan nya. Belajar kita dapat elaun,dari duit pinjaman. kerja kita dapat gaji lumayan. itu pun kalau boss xkedekut la. Belajar xdea OT hehe Kerja ada OT dapat duit lebih. Bagi saya, kerja lagi tension dari belajar. sebab belajar xpayah risau dan takut kalau buat salah, sebab nanti boleh buat semula..usaha lagi, Tapi kerja kalau salah. kena la maki. hehe tahan je la ye. Nama pun kerja kan. duit pun dapat hehe. ok la sampai disini je. nanti ada masa saya tulis lagi ok. sorry blog.. sebab dah lama xon9 hehe..



PINKY

Sunday, December 26, 2010

26/12/2010/ aktiviti hari ini.

 Hari rabu nie balik ipb daftar untuk sem 6..sambut new year kat ipb la nampak nya....xpela heheh...hope dapat la asrama haish huhu amin.

 walau apa pun yang best nya, abah hantar pulak kali ni. hehe syok yea hehe..tak penah2 abah amik cuti just nak hantar aku pergi daftar hehe...

 Hari nie, mak dan abah buat bubur a'syura. penat betul nak mengacau nya. tak larat ouh bila dah keras. apa lagi kerja lelaki la pulak mengacau nya pak ngah dan pak su hehe...sedap bubur nya..hehe..thanks kepada pak ngah dan pak su tak lupa juga cik eja hehe..

 Hari nie juga my lalink datang rumah haish encem yea dia hehe. hilang rindu hehe. dia melayan anak cik eja elysha nama nya. suka tgk dia senyum dan melatah ngee~~ rasa nak buat banyak kali, tapi kesian la pulak hehe nanti segan depan mak dan abah hehe...esok igt nak kuar dgn my lalink tapi, tak tau nak pergi mana haha...
tak pela pergi jea ikut arah motor tu nak pergi mana? boleh tak? hehe fikir2..haish nanti la la tentu kan haha



                                                                                                                                      pinky

Tuesday, December 7, 2010

Kegembiraan Disebalik Kesedihan

Disaat aku terluka...disaat aku kesedihan....aku sangat memerlukan kawan dan seseorang yang tolong memberikan ku semangat motivasi dan sokongan...aku perlu kan seseorang yang memahami aku...tiada tempat dapat ku luahkan perasaan ku...waktu dulu...aku rasa kesunyian...air mata tidak henti mengalir...setiap malam...pelajaran ku terjejas..aku menjadi malas tiada mood ingin study...namun aku gagah kan jua...kerana tidak mahu emosi mengangu pelajaran ku...aku study sambil ku berfikir...aku fikir dan aku telah membuat keputusan...merelakan pemergian nya.....namun itu hanyalah satu kata-kata semangat..aku tak dapat melupa kan nya....

ALLAH S.W.T.sunguh adil dan penyayang...semua yang berlaku ada hikmah disebalik kejadian...Di sebalik kesedihan di selit kan kegembiraan...kita mungkin sedih pada hari ini..namun kesedihan itu adalah tanda dimana kita akan mendapat kegembiraan...dan sebalik nya...Aku bersyukur dengan segala ketentuan-NYA...Di saat aku sedih...seorong insan yang digelar kaum adam..telah hadir menbahagiakan kaum hawa...semangat yang hilang kembali pulih....aku lebih bersemangat untuk belajar...dia banyak memberi kata-kata semangat...pada 9/11aku berjumpa dengan si dia...pertama kali aku melihat dan jumpa nya...aku merasakan dia seorang yang peramah, penyayang,kelakar dan seseorang yang telah menempuh dan harungi pelbagai dugaan dalam hidup...begitu banyak dugaan yang dihadapi oleh hidup nya...Masalah silam nya...telah membuat kan diri nya lebih matang dalam menyelesai kan masalah...

 sekarang dia berubah...aku bersyukur sangat ALLAH S.W.T, menemukan aku dengan dia, di saat dia mula ingin berubah dan mula kan hidup yang baru...selama 3 minggu...aku mengenal nya...aku mula dapat merasakan perasaan sayang...dan perasaan ingin menjaga nya...mula berputik...di sebab kan dia..aku dapat melupakan kekasih ku yang dulu...dia berjaya menambat hati ku...dengan ke ikhlasan nya...telah membuat kan aku menerima nya dalam hidup ku...pada 30/11/2010.. jam 2.30 pagi...aku menerima nya sebagai kekasih ku...aku tidak kisah apa yang orang lain kata kan kepadaku...janji aku bahagia...pelbagai persoalan dan andaian akan di buat terhadap diri ku...namum aku bersedia menerima nya dengan hati yang terbuka...aku berharap aku dapat menempuh segala rintangan dan dugaan yang akan aku hadapi di masa akan datang...

 Namun aku seorang yang susah untuk meluah kan dan menunjuk kan sayang kepada seseorang...selama aku kenal dia...dia berjaya membuat kan hati ku yg keras menjadi lembut..namun begitu susah aku ingin menunjuk kan kasih sayang ku kapada nya...tapi aku akan cuba ubah walau pun sedikit...hati..kuat la kamu dalam harungi segala masalah...YAALLAH. tabah kan lah diri ku untuk menghadapi segala dugaan...tahan kan la telinga ku dari mendengar sebarang cacian dan prasangka orang terhadap diri ku...beri kan la ku kesihatan untuk ku sentiasa dapat berdoa dan melakukan ibadat ku...jauh kan la ku dari melaku kan sebarang maksiat...

Hidup di dunia begitu indah namun tidak seindah syurga...hidup di dunia memerlukan pangkat dan wang tapi di akhirat kelak hanya memerlukan ibadat,akhlak dan akidah yang baik...sabar la wahai hawa..setiap insan di dunia ini dijadikan berpasangan...jangan la kamu khuatir..jodoh kamu ada diluar sana..cuma cepat dan lambat...hendak la kamu banyak berdoa,bersabar, segala ujian yang diberi kepada kamu hendak la kamu tempuhi nya dengan redho..sekiranya kamu sudah berjumpa dengan orang yang tepat..hendak lah kamu menjaga nya dengan baik...jaga lah diri kamu yang berharga...berfikir sebelum melakukan sesuatu..thinks thinks thinks and thinks again....

<3 ilysm wahai kekasih ku..razliff <3



                                                                                                                           (PINKY)

Thursday, November 25, 2010

DREAMS?..never give up!!

       Impian aku adalah ingin menjadi seorang yang berjaya.dalam hidup..yang punya masa depan yang cerah...aku ingin ada kereta, rumah, dan kerja yang bagus...serta seorang suami yang baik,lelaki yang boleh jadi imam kepada aku nanti...Aku selalu berangan pasal tu..hehe..Aku ada rumah sendiri..keluar jalan2 dengan family haish best nya...Aku akan berusaha supaya apa yang aku inginkan akan menjadi kenyataan....Tahun depan last sem..aku berjanji akan buat yang terbaik...aku tak nak kena repeat sem...Aku akan lakukan yang terbaik.Sekiranya aku dapat tawaran belajar aku akan sambung belajar amik degree..tapi sekiranya rezeki ku kurang baik aku akan kerja..

    Aku akan kerja sebaik mungkin...aku akan lakukan yang terbaik..supaya aku senang untuk naik pangkat dan dapat gaji yang lumayan..Aku akan berusaha dan.tak mudah mengalah sekiranya aku di marahi atau di maki n di caci...Aku akan buat yang terbaik untuk family aku...Aku harap..aku dapat mengubah hidup family aku...Aku nak buat mak aku gembira...Mak telah besar kan aku dengan penuh kasih sayang...Mak juga tak pernah nak mengungkit kasih sayang yang diberikan...Aku sayang sangat kat mak aku...Aku suka makan masakan mak aku...sedap...hehe..Mak rajn orang nya.suka buat kuih bila petang..dan mak pandai masak pelbagai jens kuih...  Mak juga pandai menjahit..semua baju kurung aku dijahit oleh mak aku hehe...Bersyukur nya aku mempunyai emak yang baik..dan pandai dalam semua hal...Mak lah idola aku...Mak lah segala gala nya bagi aku...Aku tak akan pernah melupakan semua jasa baik mak yang telah membesar kan aku..Mak..angah akan jadi suri rumah yang terbaik macam mak..hehe..tapi yang jahit baju tu..tak kot hehe..masak tu insyaallah..hehe....
     ..
       Aku selalu bayangkan yang aku ada rumah besar dan aku tinggal bersama2 dengan parents aku..hehe..
Bayangan ini juga lah yang membuat kan aku lebih semangat untuk belajar dan berjaya...Aku berjanji akan melakukan yang terbaik untuk semua keluarga ku...hehe...Sekiran nya aku dah berumah tangga aku akan menjadi isteri yang baik,dengar cakap suami..if ke arah kebaikan la kan...Aku akn bagi suami aku cahaya mata..yang sihat dan comel insyaallah hehe...All dreams is sweet but to achieve that dreams make a lot of patient...kesabaran untuk merasakan kegagalan dan semangat yang kuat untuk tidak mudah putus asa..serta berusaha untuk bangun kembali sekiranya kita gagal..NEVER GIVE UP.."GAGAL SEKALI TIDAK BERMAKSUD GAGAL SELAMANYA".Aku haruslah belajar dari kesilapan yang lalu jangan diulangi kesilapan yang lalu....u can do it su..chayok!!!..<3. "DREAMS WILL BE COME TRUE" if we have effort to achieve that dreams.
                                                                                                                                        
                                                                                                                                    (PINKY)

NOTHING

  Hari nie....aku boring yang teramat boring.....bila on9....tgk jea kat frenz request....aku nampak dia add aku...first yg aku rasa.. pelik and gembira....and then aku rasa...aku tak patut approve dia..sbb aku nak berubah... dan aku juga tak mungkin akn bersama dia kembali....Perasaan tu dah hilang...lip suruh aku block dia...tapi aku tak sampai hati..sebab time aku hantar messaje hari tu time mintak putus aku ckp..hope kita dpt jadi kawan... patut kea aku approve dia...boleh kea aku jadi kawan dia?......

  Aku rasa tak mungkn sebab aku masih lagi sakit hati dgn dia..huhu...apa yang patut aku buat....haish.. aku sepatut nya tak fikir pasal dia lagi...no more him..tp tu la..degil....sorry lip su tak dpt nak block...dia..huhu..
i'm sorry huhuhu..ok lupa kan pasal dia...Razliff adalah bakal penganti dia dalam hidup aku....dia terima aku seadanya..even aku bagi tahu..rahsia aku..rahsia yang aku simpan dari ehsan dan ex aku sebelum nie...aku takut diaorg tak leh terima...tapi dgn dia..aku berani kan diri bagi tahu kat dia...nak tau reaksi dia.. dia ketawa hehe dia igt rahsia penting sgt...sampai aku cakap aku rasa rendah diri an..hehe..thanks lip sebab terima su...

  Aku tak sabar nak tunggu January nanti dimana aku dan dia akan bersama...dan hope sangat keputusan aku tak salah...aku harap ini adalah yang terakhir...harap sangat hehe....Aku tak kisah kawan2 nak cakap apa..
yang penting aku happy...tapi tu laa...aku ne segan sangat dan jenis yang susah nak cakap kalau depan2 haish.. tapi tak pee..aku akn berubah demi dia...Aku harap aku lebih kuat sabar dan tak penting kan diri..... Aku akan berubah demi dia...Ralip banyak sabar dgn kerenah aku...hehe...kerenah yang ntah pape bagi tempoh lama2 suruh dia tunggu...dia sabar..tu yang aku suka dia tu...and u know what? aku dah mula jatuh cinta dengan dia...ngee..

    I'm fall in love...aku harap sangat yang dia akan bawa berbincang sekiran nya ada salah faham atau masalah huhu...aku tak nak jadi mcm dulu..aku di biar kan tanpa sebarang kata2 dan aku jea yang terhegeh2 nak selesaikan masalah nie huhuhu...but dia...haish ntah la no komen huhu...
mungkin aku salah dan penting kan diri..but i also have feeling k...if someone make me hurt..he or she will be delete in my life.. even they are my frenz huhuhu...aku pun macam manusia biasa..yang inginkan perhatian dan kasih sayang dari seseorg yang bernama kekasih...Ralip su nak ucap thanks sebab sangup tunggu su...thanks sgt2...su janji su akan jaga elok2 hubungan kita...sebab su kalau dah sayang seorg tu...su akan lupakan dunia sekeliling...su juga harap hubungan kita kekal selama-lama nya...

  Su tak nak nanti janji tinggal janji...su tau lip tak macam tu...dan su bersyukur sangat...lip jumpa su time lip nak berubah..ilysm <3...takdir menetukan segalanya...insyallah sekiranya kita ada jodoh..kita akan bersama...
kta hanya boleh sabar menanti..dan jalani liku-liku kehidupan dengan tabah dan sabar..

                                                                                                                               (PINKY)